Saturday 29 October 2011

Amaran ! Post Gedik :P

Hai korang , apa buat weekend ini ? hangout la tu ! beshnya nak ikot boleh ? :P


okay , nak cerita pasal semalam petang , hujan turun dengan lebatnya di kawasan Lereh Melaka dan Myza still membawa motonya ke tempat yang hendak ditujui untuk berjumpa customer yang hendak membeli barangan Prelovednya . kemudiannya tetiba . .


* ceh macam novel sudah , hihi


okay - okay sambung balik , sampai kat Klebang . alamak lebat gila ini sudah kuyup , habis bedak Myza tepek tadi . Myza kan kaki pakai bedak over - over hihi . Myza pun berhenti di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Bahagia . tak tahu pula pasal asal usul kampung itu maybe orangnya bahagia kot . hihi Myza berhenti bertduh di bawah bus stop dan agak cuak juga la sebab ada seorang lelaki India . mahu tak cuak papehal kang ishh . then seorang Putera Raja yang Bucuk keluar dari kampung tersebut pergi ke arah Myza then memarahi Myza sebab hujan - hujan Myza pergi redah , tak nak call dia dulu . kerja bodoh namanya ! haha padan muka Myza . :P


actualli Myza nak ajak Bucuk teman Myza jumpa customer itu , haha hujan reda dan Myza pergilah berjumpa customer tersebut . 


okay habis part itu .


yang gediknya part ini okay korang , hihi Myza ajak Bucuk pergi tesco pula nak beli hadiah Mak dan Abah . 


di kedai hadiah , Bucuk Bucuk mana yang cantik , Myza nak beli kotak hadiah ada tiga warna purple , hijau dan cream then Bucuk jawab yang ini cantik sambil mengusap muka Myza di kedai hadiah itu . Myza pun ish apa lah gedik je Bucuk ini padahal dalam hati riang haha :P malu tau padahal Myza just pakai t . shirt , tudung bawal sahaja pastu sudah di basahi hujan dengan kuyup - kuyup tu ! tapi bila Myza pakai la ala - ala fashionista tak jadi , :P pakai dress , pakai shawl , make up sikit - sikit tak nak Bucuk ini puji . pelik Myza tau ! selalu macam tu . . 


kalau Myza pakai macam ini , 



kalau Myza just pakai simple , tudung bawal tu la Myza pakai semalam . :D

tapi kalau Myza pakai macam ini sikit Bucuk tak heran . pelik - pelik . HAHA


what ever la , hihi papepun semalam dapat juga beli hadiah untuk Abah dan Mak :D


hihi , Happy Belated Birthday Abah and Happy Coming soon Birthday Mak :D muah muah itu sahaja , Anja mampu kasi eh . hope Mak Abah loving it hihi :D

p/s : maaf post ntah pape sahaja . tak suka jangan condem tau !

25 Things Random Giveaway by Penmerah . com

Hai korang , malam yang sepi - pi , Pak Mat jual kopi , kopi yang pahit - hit , Pak Mat terus throway - way , Myza pun nak join giveaway - way . :P * merapu meraban sudah . 


Pen Merah Pen Biru , U marah I love U :D tak sudah lagi ! hai Myza ini ada kena cepuk dengan korang ini kan ? :P


okay - okay , sebenarnya apa yang hendak disampaikan oleh Myza , owner blog cikai ini adalah Myza nak menjoinkan diri Myza dalam giveaway yang dibuat oleh blogger famous yang sering bersama Nisa Kay , tak lain tak bukan Akak Pen Merah . * betul eh Akak ? hihi 


actually Myza tak paham apa yang dikehendaki dalam giveaway yang bertajuk 25 Things Random Giveaway by Penmerah . com ini tapi . . apabila Myza ternampak , jeng - jeng 




lalu Myza pun , 




teruja tahap maximum la nak join juga . :D 


so Myza lampirkan la banner yang telah direka oleh MYRAVEA .




aloloh cute la , siap berkelip - kelip lagi macam lampu Hari Raya hihi


then Myza tak tahu apa 25 things tu so Myza pamerkan la juga things - things itu :P






agak - agaknya itu la kot 25 things tu . macam menarik tapi peserta kena senaraikan ke ? oh Akak Pen Merah , sila la jawab hihi . 


erkk , macam malas la pula . tapi Myza nak join juga hihi . so Myza senaraikan Myza nampak eh ?


Dashing , Dove , Uber Man , Stage , Nikon Kecik , Pendrive , Baju Lelaki , Baju Cute Dress Nisa Kay pakai tu and Sony punya itu . 


okay , tu sahaja mata kasar Myza nampak . 


then ada lagi Myza comfius ,


* mintak copy eh , 


Untuk top referral sepanjang kontest ni berjalan , aku bagi hadiah yang agak besar iaitu Mp3 Sony dan kalau yang rajin komen entri pulak , setiap minggu aku akan bagi hadiah wang tunai aje la . Tak larat dah aku nak mencari barangan lagik . 


apakah itu ? 


yang pasti Myza ikot segala syarat - syarat penyertaan . :D



1. Buat entri dengan 25 Things Random Giveaway by Penmerah .com 
2. Kena la follow blog Penmerah. com .
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway .
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang sahaja . Nak tag ramai pun boleh takda masalah.
5. Dah siap entri , tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti . Semoga tuah menjadi milik korang ye !
okay Myza tag : Aesya Zealous
                             Daniel Adie
                             Syima Harun
Done !
p/s : kalau korang nak join pun boleh jom la , try . cuba . test sahaja . :D tarikh last , 10 November 2011 . 

Thursday 27 October 2011

Aisha Online Store Giveaway

Hai korang , tetiba laju pula line internet memalam begini tadi kemain macam siput sedut lagi :P jadi laju sahaja lah jari - jemari Myza ini hendak menaip di papan kekunci laptop yang kian usang ini . hihi


lagi laju dan pantasnya nak update blog sebab nak join satu giveaway yang di created by Aisha Online Store . 
kat mana ? la namanya pun online store right , so korang boleh jumpai di Page FB Aisha Online Store dan juga pada blogger boleh pergi mencuci mata di Blog Aisha Online Store :D


serius korang , pasti korang tergamam ! Myza banyak kali sudah cuci mata sebab onwer Aisha Online Store ini kerap juga tinggalkan jejak kat blog Myza dengan mengatakan . .




then , Myza pun tekan sahaja link blognya . wah !




OMG ! why ? because , tarra . .







satu set ! boleh buat hantaran sudah :P harga pun berpatutan Myza bagitahu ini ! iya tak caya tengok la sendiri kang korang kata Myza kaki kelentong pula ! 


tak nak skirt , nak dress pun ada . cardigan tak usah bimbang . bermacam - macam style dan corak la sediakan money sahaja hihi







hah jangan terbeliak sangat la mata tu wahai korang oi ! haha nak pergi la usha Aisha Online Store then . . ikot suka korang la tak kan Myza nak taip juga kat sini . kalau nak belanja Myza boleh juga hihi


Myza pun sudah ada berkenan tau ! tengah usha - usha dulu tunggu duit sahaja . mana boleh bagitahu korang nanti korang rembat melepas Myza HAHA tapi Myza memang sudah exciteed bangat ini * versi Indon + Omputih :P so Myza pun join la giveaway ini sebab mana tahu dapat beg free . hihi lagipun onwer tag Myza eh . jangan jelous :P tak tipu eh ini bukti hihi kecoh sajalah Myza ini padahal semua blogger Aisha tagkan ?




see :P


okay so Myza pun berbesar mata , 




errk , besar hati lah Myza oi hihi nak join Aisha Online Store Giveaway :D




wah bannernya sudah menawan dan exlusivekan ? belum tengok hadiahnya lagi :D


syaratnya pula adalah semudah ABC , 123 la korang . dont worry be happy dapat la hadiah free . hihi 


syarat - syaratnya adalah :


most welcome to LIKE Fanpage 
Creat a blog post about this GIVEAWAYS with title as below 
Aisha Online Store Giveaway
* Typing error will not be accepted * . reject ! Aisha yang kata eh bukan Myza :P
Leave your comment here and dont forget to include your the link to your blog post
Put this blog link in your entry , and our banner ( optional , nak letak lagi bagus ) at your sidebar.
right , semudah 1 2 3 dan 4 . paling takut no 2 takut salah ejaan . HAHA

hah hadiahnya pula , jeng - jeng * kata Aisha , bukan Myza eh . Myza tolong copy sahaja . :P

Looking for 5 lucky winners :
The very gorgeous VINTAGE handbag worth RM80+
2 lucky runner up:
Gift Voucher RM15 ( can be use only at AOS )

done ! fuh first time la post Myza ada typing English . iya lah copy paste boleh la :P

okay join la cepat korang , 

Hari - hari makan nasi ayam free , 
Makan di tepi highway , 
Kalau korang nak beg vintage dan voucher free ,
cepat - cepat la join Aisha Online Store Giveaway .

:D

p/s : hurry up tarikh tutup 31 0ktober 2011 eh . tata 
done Aisha . ada harapan tak ? hihi sebab selalu nasib malang huhu 

Spontaneous Thursday | Just Copy Sahaja

Hai korang , oleh kerana kelambatan line internet macam DITELAN MATI BAPAK DILUAH MATI EMAK , erkk betul ke ? hentam sahaja la labu hihi maka Myza tidak dapat la nak jejalan kat blog korang ): hari ini just sempat nak update blog sahaja . itu pun dengan cara yang paling mudah :P


just copy dari FB . .




that 's all untuk hari ini . 


p/s : Myza rindukan C Bucuk dekat KL , dan kawan - kawan sekolej yang rapat dengan Myza . sudah lama tak hangout . sekarang duduk rumah sahaja . siapa nak ajak Myza jalan ? :P

Tuesday 25 October 2011

Just Want Wishes ♥ ♥

Hai dan Vannakam , eh betul ke tu :P 


okay Myza nak wish Happy Deepavali pada yang beragama Hindu . hah kalau ada pembaca blog Myza ini yang menyambut Deepavali , nanti boleh pos meruku eh . hihi * muka tidak malukan Myza ini . 





okay , kalau ada buat open house pun jemput la Myza eh , hihi tu kan ? alahai Myza ini . ala kata Satu Malaysia right ? hihi


p/s : Deepavali ada dapat duit raya tak ? hihi okay babai . 


siapa nak ajak keluar esok , Myza cuti dan free sahaja :D 

Monday 24 October 2011

Berkempen •

Hai korang , sihat tak ? okay ini Myza nak berkempen sikit . :D cepat - cepat buka kedua - dua mata korang dan mesti menatap laptop dan blog cikai Myza ini . hihi


Myza nak berkempen sempena tidak lama lagikan nak mengundi . undi apa ? alaaa undi la Parti Kerajaan ke atau Parti Pembakang ! cewah berpolitik sudah Myza ini . hai sejak bila blog cikai ini buat post hot - hot ini . HAHA


okay , teruskan membaca tau korang , jangan nak skip atau stop pula eh ! :P 


truely bukan Myza yang berkempen tapi sejujurnya la Myza baru pertama kalinya menghadirkan diri dalam satu majlis yang berkaitan dengan politik ini atas sebab . . Myza telah berkerja di bawah Jabatan Kerajaan . :D


Firstnya post ini hanya la sekadar share cerita eh bukan apa - apa yang berada di otak fikiran korang ketika membaca post ini . 


Majlis Penerangan Perdana Menteri Peringkat Melaka . 
23 Oktober 2011 .
Dewan Banquet Seri Negeri Ayer Keroh , Melaka .
Ucaptama : 
YB Dato ' Seri Hj . Mohd Shafie Bin Hj . Apdal
Anjuran :
Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional Malaysia 
Bersama
Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional Negeri Melaka 


okay see ? anjuran Barisan Nasional right dan sepanjang perjalanan pasti bendera Barisan Nasional berkibaran . penuh la bendera dacing . 

masuk sahaja dewan Myza tengok wah ! agak teruja eh barisan - barisan Pemimpin yang duduk di atas pentas . bukan itu sahaja , malah ramai juga rakyat - rakyat jelata Melaka di dalam dewan serta para - para wartawan dan jurukamera . 

setibanya , Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Datuk Seri Hj . Mohd Ali Bin Mohd Rustam , memberikan ucapan pembukaan . wah time itu terasa sudah keheningan majlis tersebut . then , ucapan dari YBhg . Datuk Hasnoor B Sdg Husin iaitu Pengerusi Majlis Penerangan Perdana Perdana Peringkat Negeri Melaka , Beliau telah memberi ucapan dengan berdedikasinya dan yang paling bestnya dalam setiap ucapan Beliau akan selitkan soalan dan hadiahnya RM 50 . mahsyuk beb ! 

so setiap ucapan yang di sampaikan oleh Pembesar dan Pemimpin adalah mengenai apa yang kerajaan telah lakukan yang rakyat tidak menyedarinya . mengenai subsidi , biasiswa , kerja kerajaan dan pemerintahannya . dan juga ucapan mengenai Pilihan Raya . 

tapi apa yang menarik perhatian Myzakan masa Majlis ini , dan lebih buat Myza teruja dan terasa bagaikan orang kuatkan . . eh tapi bukan eh macam sahaja . :P afta setiap Pembesar memberi ucapan di akhirnya mereka akan melaungkan SATU MALAYSIA , SATU MALAYSIA , SATU MALAYSIA . HIDUP BN , HIDUP BARISAN NASIONAL . wow ! macam dekat parlimen Myza rasakan :D

that ' all la Myza nak cerita tentang kehadiran Myza dalam Majlis ini . 

kami yang hadir dapat , taraa . .



hihi segalanya haruslah Barisan Nasional .

ada lagi tau ! 



dapat sijil lagi tau korang , hihi jangan jelous . :P * okay abaikan muka Myza yang selekeh itu . tudung pun nak biru ikot tema la kan . :D

yang paling penting , 



RAKYAT DIDAHULUKAN okay . itu yang kita nak kan ? so apa yang korang terfikir terbaik untuk hidup korang . * hai macam sudah berkempen sahaja Myza ini . hoho


p/s : undi adalah rahsia . so selamat mengundi nanti . undi anda adalah penentu masa depan anda dan anak cucu anda . peace ! 


Myza sudah 21 tahun la . jeng - jeng .