Monday 24 October 2011

Berkempen •

Hai korang , sihat tak ? okay ini Myza nak berkempen sikit . :D cepat - cepat buka kedua - dua mata korang dan mesti menatap laptop dan blog cikai Myza ini . hihi


Myza nak berkempen sempena tidak lama lagikan nak mengundi . undi apa ? alaaa undi la Parti Kerajaan ke atau Parti Pembakang ! cewah berpolitik sudah Myza ini . hai sejak bila blog cikai ini buat post hot - hot ini . HAHA


okay , teruskan membaca tau korang , jangan nak skip atau stop pula eh ! :P 


truely bukan Myza yang berkempen tapi sejujurnya la Myza baru pertama kalinya menghadirkan diri dalam satu majlis yang berkaitan dengan politik ini atas sebab . . Myza telah berkerja di bawah Jabatan Kerajaan . :D


Firstnya post ini hanya la sekadar share cerita eh bukan apa - apa yang berada di otak fikiran korang ketika membaca post ini . 


Majlis Penerangan Perdana Menteri Peringkat Melaka . 
23 Oktober 2011 .
Dewan Banquet Seri Negeri Ayer Keroh , Melaka .
Ucaptama : 
YB Dato ' Seri Hj . Mohd Shafie Bin Hj . Apdal
Anjuran :
Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional Malaysia 
Bersama
Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional Negeri Melaka 


okay see ? anjuran Barisan Nasional right dan sepanjang perjalanan pasti bendera Barisan Nasional berkibaran . penuh la bendera dacing . 

masuk sahaja dewan Myza tengok wah ! agak teruja eh barisan - barisan Pemimpin yang duduk di atas pentas . bukan itu sahaja , malah ramai juga rakyat - rakyat jelata Melaka di dalam dewan serta para - para wartawan dan jurukamera . 

setibanya , Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Datuk Seri Hj . Mohd Ali Bin Mohd Rustam , memberikan ucapan pembukaan . wah time itu terasa sudah keheningan majlis tersebut . then , ucapan dari YBhg . Datuk Hasnoor B Sdg Husin iaitu Pengerusi Majlis Penerangan Perdana Perdana Peringkat Negeri Melaka , Beliau telah memberi ucapan dengan berdedikasinya dan yang paling bestnya dalam setiap ucapan Beliau akan selitkan soalan dan hadiahnya RM 50 . mahsyuk beb ! 

so setiap ucapan yang di sampaikan oleh Pembesar dan Pemimpin adalah mengenai apa yang kerajaan telah lakukan yang rakyat tidak menyedarinya . mengenai subsidi , biasiswa , kerja kerajaan dan pemerintahannya . dan juga ucapan mengenai Pilihan Raya . 

tapi apa yang menarik perhatian Myzakan masa Majlis ini , dan lebih buat Myza teruja dan terasa bagaikan orang kuatkan . . eh tapi bukan eh macam sahaja . :P afta setiap Pembesar memberi ucapan di akhirnya mereka akan melaungkan SATU MALAYSIA , SATU MALAYSIA , SATU MALAYSIA . HIDUP BN , HIDUP BARISAN NASIONAL . wow ! macam dekat parlimen Myza rasakan :D

that ' all la Myza nak cerita tentang kehadiran Myza dalam Majlis ini . 

kami yang hadir dapat , taraa . .



hihi segalanya haruslah Barisan Nasional .

ada lagi tau ! 



dapat sijil lagi tau korang , hihi jangan jelous . :P * okay abaikan muka Myza yang selekeh itu . tudung pun nak biru ikot tema la kan . :D

yang paling penting , 



RAKYAT DIDAHULUKAN okay . itu yang kita nak kan ? so apa yang korang terfikir terbaik untuk hidup korang . * hai macam sudah berkempen sahaja Myza ini . hoho


p/s : undi adalah rahsia . so selamat mengundi nanti . undi anda adalah penentu masa depan anda dan anak cucu anda . peace ! 


Myza sudah 21 tahun la . jeng - jeng . 

2 comments:

Miss Aien said...

aku tak pergi pun sana, haha

Miss Aien said...

I have tag u :) http://dirikuversusdirimu.blogspot.com/2011/10/tagged-q-by-yana.html