Sunday, 2 October 2011

Akibat Menjadi Si Pencari Jodoh Atau Orang Tengah ( Matchmaker )

Peace be Upon U , selamat petang korang , hari ini Myza update petang eh , selalunya dua tiga pagi right ? kalau korang pasan la . . ye la start minggu ini Myza sudah menjadi penanam anggur terhormat . siapa ada kerja kosong boleh la offer kat Myza . :P eh eh . 


okay , katup sudah cerita tersebut . teruskan berjalan supaya sampai kepada matlamat utama . cehwah ! :)


okay tanpa perlu bertaip panjang ,


isi untuk tajuk yang utama di atas :


Korang tau matchmaker tu apa ? Tak tau ? Ala , matchmaker tu orang tengah yang jadi punca perkenalan , ataupun orang yang jadi pemangkin percintaan satu pasangan .

Benda ni biasa berlaku . Korang dengan kawan korang pun pernah kan ? Masing-masing nak jadi matchmaker , nak negndeng-ngendengkan antara dua kawan dia .

Nak jadi matchmaker ni bukan tak boleh . Tapi , bahaya . Sebab , jika dua orang yang bercinta tu buat maksiat . Korang pun akan terima saham dosa jugak .


"Aku suka la tengok XXX dengan YYY. Kalau diorang bercinta mesti sweet je kan . Waahh . Nanti aku cuba buat sampai diorang bercinta . Hehehe .." - contoh matchmaker minta pelempang .


Nak jadi matchmaker biarlah untuk mereka yang benar-benar serius nak berkahwin je . Jangan korang memandai nak satukan dua hati yang jelas-jelas takde komitmen nak mendirikan rumahtangga. Dikhuatiri diorang buat maksiat pulak . Tak pasal-pasal korang kena menjawab kat akhirat nanti .

So , hati-hati ye semua . Kalau boleh , tak usah la sebok-sebok nak mengendeng-ngendengkan orang . Takde kerja lain ke ape ? :P





fuh , penat sudah Myza copy paste . HAHA mudah dan cepat la . (: jangan marah noo . eh eh , Myza bukan copycat tau ! copycat yang nak jadi Myza . :D


okay la , sebenarnya Myza teruja sangat dengan entri ini yang telah di nukil oleh orang jejaka ini iaitu Jejaka Terhangat , sebab Myza pun baru - baru ini ada la juga mengendeng - ngendengkan membe Myza ini . Miss A bukan nama sebenar dan Mr T bukan nama sebenarnya juga ketika pergi beraya ke rumah Mr T sebab Mr T kata dia nak cari calon . HAHA Myza pun cakap la Miss A la calonnya Myza bawakkan untuk Mr T . dan beberapa hari itu , mereka terus berhubung and Myza harapkan hubungan mereka terjalin dengan baik la eh serta cepat - cepat la bagi tahu Myza berita baik . tak mahu la terkena akibat sebab menjadi Si Pencari Jodoh tak bertauliah ini . ):



p/s : sumber dari Jejaka Terhangat , entri Bahayanya Jadi Orang Tengah ( MatchMaker ) .
okay eh , Myza bukan senang wenang copy paste eh , Myza sudah minta kebenaran empunya okay di komen . pada yang tak caya bole p baca . :) 


p/s/s : oh Myza tak sanggup di labelkan sebagai super copy cat ! ! :P

8 comments:

FIZGRAPHIC said...

tolong sy crkan jodoh boleh x?

Myza Sam said...

hafizzi aziz : HAHA nak kawin ke nak kapel ?

.kozue. said...

cari untuk saya sekali boleh ?
tak nak kapel, nak kawin terus ja ! haha *joke

Nur Liyana Chew said...

nk peace jugak lah. peace..! hehe

Myza Sam said...

kozue : haha . nak ke ? >.<

Myza Sam said...

nur liyana : peace . muah muah . haha

Aesya Zealous said...

myza..carikn aku satu bf..haha...

Myza Sam said...

aesya zealous : HAHA , nak macam mana ?