Monday, 2 January 2012

Really ? Pelajar Terbaik SPM 2004 Kena Kejutan Budaya ?

hai hai korang , Assalamualaikum . . 

korang buat apa tu ? korang yang tengah online mesti ada ternampak , terbaca dan tertengokkkan pasal Pelajar Terbaik SPM yang pertama memecah rekod mendapat 17A's . Myza pun baru terbaca ini , betul ke tu beliau ? korang pasti ?


 Myza pun agak terkejut . tertanya - tanya juga . tadi baca status kat FB pasal ini , tertanya apa kena dengan beliau tu ? then dorang reply beliau ' culture shock ' alahai . . ye ke ? 

hai hai serius tak caya beb ! sukar . ye la dunia sekarang inikan macam - macam boleh dibuat . dalam sekelip mata je nak jatuhkan seseorang tu kan ? tapi ntah la , Myza sendiri tak tahu kesahihannya , ini pun just baca dari blog Amely Afandi . 

patut la , tengok status Nisa Kay berbunyi begini ' Kalau update blog pasal budak cerdik Malaysia suatu ketika dahulu tu mesti trafik mencanak kan. Sorry aku tak kejar trafik. Malas kaut dosa free. I think we have no right to judge people just based on what they wear, especially when we dont know that person personally! '

masa Myza baca status Nisa Kay ini , tertanya juga kenapa eh ? siapa yang dimaksudkan ? ye la Myza agak ketinggalan sikit then lepas tu baru tahu . 

kita semua bacakan pasal beliau tu tapi kesahihannya kita sendiri tak tahu jadi tak perlu membesar - besarkan dan megutuk - ngutuk mahupun memaki hamun . peace !

last sekali , suka status dari Cik Epal , Sudah-sudah lah tu sebarkan keburukan org. Satu hari nanti anda TERbuat silap,semua org bagai nak rak sebarkan, baru tahu rasa dia macam mana. Share benda buruk, trafik mencanak dosa pon mencanak sekaligus '


p/s : just entri tertanya - tanya ? yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan sempadan . 

Saturday, 31 December 2011

Selamat Datang Tahun Baru :)

hai korang , Assalamualaikum . hai hai GENG juga , GENG yang besh ! yang sudi jenguk blog Myza cikai ini :D thanks . 


seperti yang kita semua sedia maklum , 2011 sudah melabuhkan tirainya semalam . telah berakhirnya al kisah 2011 , dan kini . .


Selamat Datang 2012 :)



2011 menjadi telah menjadi kenangan pada Myza , walaupun duka , pahit mahupun kelat tetap kenangan kalau tak da semua tu tak fun la hidup kita . iya dak ? hihi 


alahai kalau nak review balik al kisah 2011 , memang tak habis cerita la . lagi - lagi tang yang indah - indah :P 


papepun , yang baik di jadikan teladan manakala yang buruk di jadikan sempadan . peace ! 


yang berlalu biarlah berlalu , kini Myza menanti kisah 2012 . 


p/s : hai hai , kawan baru , GENG baru semuanya baru . lama tak di lupakan jua :)




mohon ampun salah silap di tahun yang lalu .

Thursday, 29 December 2011

' Tagline Blog Aku CUN '

Assalamualaikum , nama saya Myza Sam . M . Y . Z . A * suara ala - ala Arman dalam movie Sekali Lagi hihi 


hai Myza ahli GENG fiQ'Ra walaupun Myza jarang di group disebabkan masalah jarang online dilaptop . hanya guna nset sahaja , but Myza still tengok post dekat FB , macam ada sumthing berlaku . kenapa admin ? Myza agak ketinggalan huhu


so , banyak aktiviti juga la Myza tak join . tapi . . tidak kali ini ! nak join juga aktiviti ke enam ini .






sebagai bukti Myza ahli GENG fiQ'Ra . harap admin tak buang Myza dari group eh sebab jarang di group . sob sob !


Myza nak join aktiviti ke enam iaitu , 




pada yang nak join boleh tekan banner and yang belum jadi ahli pun boleh mendaftar :) easy right ?


okay straight the point , tagline Myza setelah difikirkan dan dipertimbangkan beratnya dek akal Myza yang cetek ini , dup dap dup brommm ke ba booom . . 


' segalanya bermula dari akal dan turun ke papan kekunci '

kenapa ? sebab . .

entri - entri Myza nak post kat blog ini , mesti la difikirkan dulu , nak post pasal apa , tajuk apa , jalan cerita macam mana maka segalanya bermula dari akal yang sedikit tingtong ini .
selepas dapat berfikir dengan waras baru la , tangan laju menaip di papan kekunci atau nama famousnya keyboard .

so that why la , nama blog Myza 


segalanya menggunakan akal dan tangan Myza :D

p/s : hihi jom join ramai - ramai . SITI NORMASTURA aka Admin kenapa GENG ? huhu tatau la ):


* andai rezeki itu milik Myza , Myza pilih kategori 1 :D

Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday * Tak Ingat Yang Ke Berapa :P

wachaa ! Assalamualaikum . .


okay babai , eh before tu ! :D




p/s : tu saja selama 21 tahun , di Bumi ALLAH :) HAK MILIK TERPELIHARA . 


alright , da boleh bai :D

Saturday, 24 December 2011

Oh Mukabuku , Jangan Kau Merajuk . Please ! Boleh ?

hai korang , apa khabau ? sihat tidak ? sudah makan ? wah banyaknya tanya Myza ini macam polis pencen pula . hihi alaaa tu tandanya rindu korang tau ! serius tak tipu eh :)


korang oh korang , yang tinggalkan jejak kat shoutbox tu sori eh , sori tau ! tak jengah korang pun kan ? bukan sengaja tau , betol betol tak tipu internet lembab gila kalah kura - kura :P hari ini tertiba laju , tu la sempat nak update blog :) 


tapikan . .


mukabuku Myza merajuk la , Myza tak tahu kenapa . please anyone help me ? macam mana nak selesaikan problem ini . Myza rindu sangat kat mukabuku Myza tu ! tak dapat la nak beramah mesra dengan GF , GENG fiQ'Ra . huhu bukan tu sahaja nak join mana - mana giveaway pun tak dapat . sob sob ! 


bila login sahaja , mukabuku Myza buat muka macam ini , comel sesangat ! rasa nak hentak - hentak laptop dan nak patah - patahkan sahaja broadband tapi nasib baik fikiran Myza masih waras . hihi





buat muka blank pula ! aduh wahai mukabukuku , tolong tolong jangan nakal ! :P


so pada yang pakar sekalian alam , ada tak jalan penyelesaiannya . please eh !


p/s : pssstt psttt , Myza ada something nak tunjuk ini . hihi eh bukan nak kerek okay , just nak share mana tahu korang berkenan . pejam mata dulu . .




apamacam comel tak comel tak ? ini handmade tau tapi bukan by Myza sebab Myza buta seni , haha but korang boleh la cari seorang gadis yang bertangan seni ini , Cik Ryeha . 


-----> Tekan Sini kalau nak berkenalan dengan Cik Ryeha . daa :) 

Wednesday, 21 December 2011

Orang Lain Sibuk Update Pasal Duit Kertas Baru Berwarna - Warni tapi Aku Sibuk Update Pasal Apam Berwarna - Warni :)

hai korang , dalam beberapa minit Myza update lagi . harap korang tidak bosan la eh ? ye la nak lepaskan gian yang berapa abad tidak menaip . boo tipu boo ! :P


hah korang sudah tahu cerita terbaru di dunia FB dan Blog tak ? dan semestinya sudah di gembar - gemburkan di media cetak mahupun media elektronik * betul ke kejaan eh . aduh BM gagal la ! sejak sudah meningkat ini la PMR A eh :D 


apa dia ? tadaaa . .




wang kertas baru berwarna - warni yang akan dikeluarkan tahun depan . wow menarik ! lagi buat budak - budak kecik tertarik la ! pokai la kalau yang pandai pilih warna tu haha . kalau yang minat warna ungu hai alamaknya ganap la ! eh eh tengok warna oren tu RM20 la . sudah ada RM20 cayalah . 


so bila ada duit warna - warni mesti korang lagi tertarik dengan apam berwarna - warni ni kan ? 






apa macam tergugat tak korang ? geram sahajakan ? bukan sahaja warna - warni malah comel ! lady bird dan polka dot lagi ish ish ! 


hah kalau yang banyak wang warni - warni tu boleh la terjah FB apampolkadot.com dan bagi yang nak tahu lebih lanjut cepat - cepat la terjah apampolkadot.com :) dan harganya berpatutan okay :D Myza asyik usha sahaja ini , ini tengah pokai huhu insyallah satu hari nanti :) 


eh eh ini bukan sebab nak promot eh , ini sebab Myza serius tertarik ! geram la comel je la kan ? dalam kepala otak berangan - berangan ni nak kasi Si Bucuk :D tapi nanti la kumpul duit hihi . insyallah !


p/s : apampolkadot.com curi gambar eh , harap tidak kisah . :)

Songlap Punya Pasal Pokai Sudah Aku !

hai korang , sob sob sedih sangat kot ! sudah lama tidak dapat update blog ): blogwalking jangan cakap la jauh sekali . GENG fiQ'Ra pun Myza sudah lama tidak bertegur dengan GENG - GENG semua . sob sob ! serius frust gila . aktiviti pun banyak sudah terlepas . 


ini bukan disebabkan kesibukkan , tapi gara - gara broadband yang sangat lambat loading ! rasa nak terminate sahaja , huhu . dia minta diupgrade tapi apakan daya Myza hanya seorang pengangur ):


tapi sempat juga la tengok cerita Songlap , time first day ditayangkan hihi thanks a lot la kat Si Bucuk , sebab sudi layan Myza . kalau tak terperaplah Myza kat rumah jadi baby sister tidak bertauliah dan tidak bergaji . huhu 




tu dia poster Songlap , :D ditayangkan pada 15 Disember 2011 yang lalu . dan pada Myza cerita Songlap ini biasa sahaja , agak boring juga la tapi so far okay la sebab orang baik tiada yang mati just orang jahat yang dapat balasan :D 


overall , 3/5 . tu dia juri tak bertauliah ! haha 


hari tu juga sempat juga la Myza songlap jeans , sale la katakan tu la sampai pokai . terpengaruh dengan sale . last - last akhir bulan pening , nak topup pun tiada duit dengan broadband yang nak upgrade bagai la ! haiya . kesiankan korang ? hihi


benda wajib yang Myza buat kalau keluar dating hihi . 




siapa tahu ini kat mana ? siapa betol Myza kasi 5 sen :) 


bila sudah syok pasti banyak la gambar yang diambil , so korang jangan mara :P




dengan rendah dirinya , Myza mohon maaf .




setelah dipaksa ! masam tak masam lantaklah janji ada satu :) thanks Si Bucuk for that day .


p/s : harap - harap korang still ingat Myza and sudi terjah blog cikai ini ):